Kelayakan untuk menjadi ahli Fisioterapi
Kelayakan yang diperlukan ialah keputusan SPM dengan lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran diperingkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Syarat keutamaan ialah 2 kepujian dalam mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris serta lulus 2 mata pelajaran lain dan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Di universiti terdapat kursus yang ditawarkan diperingkat diploma mahupun Ijazah sarjana muda sehingga ke PHD. Tahap kelulusan serta pengalaman sebenarnya menentukan kepakaran pengamal dan kerjaya sebagai fisiologi ini. Di Universiti kebanyakan kursus fisiologi ini dibawah sebumbung dengan pengurusan fakulti perubatan dan kesihatan universiti tersebut. Sebagai contoh di UKM, matapelajaran berikut diajar bagi yang mengambil Ijazah Sarjana Muda fisiologi :
- Pengenalan Psikologi & Sosiologi
- Anatomi Asas
- Pengenalan & Perkembangan Profesional Dalam Fisioterapi
- Fisiologi Manusia
- Foundation English (MUET Tahap 1 -2)
- Hubungan Etnik (U1)
- Ko-kurikulum
- Biokimia Metabolisme
- Fisiologi Kesihatan II
- Asas Sains Makanan
- Prinsip Penyediaan Makanan
- Genetik dan Pemakanan
- Mikrobiologi
- Academic Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Academic Communication II (MUET Tahap 5 – 6)
- Tamadun Islam & Tamadun Asia (U1)
- Fisioterapi Kardiorespiratori I
- Patologi Asas
- Fisioterapi Muskuloskeletal I
- Fisioterapi Neurologi I
- Fizik Gunaan Dalam Elektroterapi
- Aplikasi Terapi Senaman II
- Workplace Communication I (MUET Tahap 1 – 4) / Workplace Communication II (MUET Tahap 5 – 6 & pelajar yang mendapat gred A atau A- bagi kursus ZZZE1012)
- Patologi Sistemik
- Biostatistik
- Agen Elektrofizikal Dalam Fisioterapi
- Fisioterapi Kardiorespiratori II
- Fisioterapi Muskuloskeletal II
- Fisioterapi Neurologi II
- Fisioterapi Perubatan Am
- Farmakologi Am
- Fisioterapi Pediatrik I
- Fisioterapi Isu Khas I
- Fisioterapi dalam Kesihatan Komuniti / Terapi Alternatif dalam Fisioterapi
- Fisioterapi Pembedahan
- Pentadbiran & Pengurusan Personel dalam Fisioterapi
- Pengenalan & Perkembangan Penyelidikan dalam Fisioterapi
- Fisioterapi Pediatrik II
- Fisioterapi Isu Khas II
- Latihan Amali Industri
- Penempatan Klinikal Khas
- Penempatan Klinikal Surgeri
- Penempatan Klinikal Perubatan
- Penempatan Klinikal Neurologi
- Penyelidikan Fisioterapi I
- Penempatan Klinikal Pediatrik
- Penempatan Klinikal Ortopedik
- Penempatan Klinikal Unit Rawatan Rapi
- Penyelidikan Fisioterapi II
Peluang Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti :
- – Hospital kerajaan atau swasta
- – Pusat rehabilitasi Sukan
- – Klinik kesihatan wanita
- – Sekolah Pendidikan Khas
- – Pusat pemulihan kanak-kanak Khas
- – Pusat Pemulihan Orthopedik
- – Pusat pemulihan Neuro
- – Pusat kecergasan dan rehabilitasi Jantung
- – Pusat Pemulihan dan komuniti
- – Klinik Fisioterapi
Elaun dan Gaji
Elaun jika anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini juga lumayan. Biasiswa, RM621.21 sebulan, Elaun buku, RM 250.00 setahun, Elaun perkakas RM 25.00 sepanjang tempoh latihan, Elaun kertas projek RM 50.00 setahun, dan elaun jahitan pakaian seragam, RM 45.00 sepasang.
Jika anda Berjaya menamatkan pelajaran, anda akan dilantik menjadi Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U29 ke jawatan tetap. Gajinya dalam lingkungan, U29 RM1,160.69 – RM 3,057.39, U32 RM 1,959.29 – RM 3,656.38, U36 RM 3,057.36 – RM 4,521.51, U38 RM 3,778.83 – RM 4,943.49 dan U40 RM 4,444.33 – RM 5,642.23 tidak termasuk dengan elaun-elaun. Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan.
anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berpeluang ke gred jawatan yang lebih tinggi.
Hai. Saya nak tanya. Kalau saya diploma aliran sport management, boleh ke saya nk amik aliran ni? Dan course apa yg selayaknya ?
UniKL Ipoh menawarkan course fisioterapi sepenuh masa selama 3 tahun. Yuran pengajian ditanggung MARA.
Hi. Kalau saya hanya ambil bidang sains biasa, maksudnya bukan sains tulen, boleh ke saya ambil course ini? Thanks
salam boleh ja . masuk diploma in physio di unikl. boleh try whasapp saya . di https://www.physiotherapytaiping.com/ ambil no dekat website tu.
Saya berminat dalam bidang fisioterapi
salam boleh ja . masuk diploma in physio di unikl. boleh try whasapp saya . di https://www.physiotherapytaiping.com/ ambil no dekat website tu.
Assalamualaikum, hi. nak tanya. cgpa saya 3.3 dlm diploma sains. saya minat dlm bidang ni, jdi layakkah ke saya untuk teruskan degree in fisioterapi ni?
salam boleh ja . masuk degree in physio di unikl. boleh try whasapp saya . di https://www.physiotherapytaiping.com/ ambil no dekat website tu.
Saya budak akaun. Tapi, saya ambil fizik dan matematik tambahan. Cuma subjek biologi je tak ada. Boleh ke saya ambil bidang ini?
salam boleh ja . masuk diploma in physio di unikl. boleh try whasapp saya . di https://www.physiotherapytaiping.com/ ambil no dekat website tu.
Hai, saya nak tanya
Kalau saya x ambik aliran sains tulen time spm, dan nak masuk dip fisio boleh ke ? Ke kena ada apa ii prosedur ?
salam boleh ja . masuk diploma in physio di unikl. boleh try whasapp saya . di https://www.physiotherapytaiping.com/ ambil no dekat website tu.