1 min read

Perangcangan membuka centre physio sendiri.

Salam sejahtera . Moga yang membaca tulisan ini dalam keadaan sihat sejahtera.

Pada (tarikh) saya telah memasang banner bersaiz 12*4 kaki di sebuah bangunan yang terletak di Kota Jaya Simpang, Taiping. Disitu mungkin bakal menjadi tempat pusat rawatan fisioterapi pada masa akan datang . Saya harap bolehlah menjadi realiti di masa hadapan . Moga dipermudahkan .

Jika semakin banyak permintaan dan modal yang mencukupi bolehlah buka untuk set up bisnes dan mulakan operasi . Setakat ini cuma letak banner sahaja untuk bagi tahu orang akan kewujudan perkhimatan saya, mungkin masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan kerjaya fisioterapi, mungkin juga tidak tahu akan perkhimatan fisioterapi ke rumah .

Penduduk taiping masih tidak menggunakan kemudahan google untuk membuat carian  jika memerlukan apa-apa untuk mudahkan urusan harian. Contoh , jika memerlukan perkhimatan tukang wiring di taiping . Penduduk taiping masih menggunakan pertolongan rakan atau jiran untuk mencari tukang wiring yang rakan atau jiran mereka kenali. Jadi untuk menjadikan perkhimatan peniaga itu berkembang, mereka memerlukan kuasa mulut ke mulut, cerita orang kecerita orang untuk kembangkan bisnes dan capaian pengetahuan penduduk taiping.

Website saya dalam carian google sudah nombor 1 dalam carian google, tapi itu tidak cukup untuk menjangkau dalam pengetahuan penduduk taiping. Sebab kurang pendedahan tentang google ataupun mengenai profesien fisio ini. Penggunaan medium konkrit seperti banner, papan tanda, banting dan sebagainya sangat diperlukan untuk memberitahu penduduk taiping .

Selepas ini jika mahu apa-apa atau mahu kemana. Google dulu.

Location center fisio saya sudah ada dalam google maps, tapi tak buka lagi centre itu. Sekadar memudahkan carian dalam google.

Syukur segalanya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *